Brad Cohen

Brad Cohen adalah seorang penceramah motivasi Amerika dan pernah memenangi penghargaan sebagai guru dan pengarang yang menghidap sindrom Tourette (TS).[1][2] Cohen menulis pengalamannya membesar dengan keadaanya yang menghidap TS menerusi, Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had, ditulis bersama Lisa Wysocky. Buku ini telah diadaptasikan menjadi filem TV oleh Hallmark menerusi tajuk Front of the Class.[3][4]Semasa kecil, Cohen pernah dituduh sebagai pembuat masalah di sekolah dan dihukum guru-gurunya kerana bunyi yang keluar secara semulajadi yang disebabkan oleh TS. Beliau memutuskan untuk menjadi seorang "guru yang tidak pernah wujud". Selepas beliau lulus dan menerima sijil mengajar, 24 buah sekolah dasar telah menolaknya sebelum beliau ditugaskan di Mountain View Elementary School di Cobb County, Georgia. Sebagai guru baru, beliau diberi pengiktirafan sebagai Georgia's First Class Teacher of the Year.